Seorang penghantar makanan berkongsi kisah tentang seorang pelanggan yang tidak mahu turun mengambil makanan.
Pelanggan yang tinggal di rumah bertingkat misalnya pangsapuri atau apartmen sering berdepan isu ini. Ada yang meminta rider menghantar sehingga ke pintu rumah dan sebaliknya.
@anasmansor99 Jauhi covid, dekati saya 🤭 #foodpandamalaysia
Menerusi perkongsian akaun TikTok @anasmansor99 berkongsi pelanggannya tinggal di tingkat paling atas dan tidak mahu turun mengambil pesanan.
“Aku nak naikpun dia tak bagi,” jelasnya.
Bagaimanapun, apa yang mencuit hati apabila tiba-tiba muncul baldi berwarna merah muncul yang diturunkan menggunakan tali.
“Rupa-rupanya dia guna baldi, Alhamdulillah senang berurusan macam ni,” katanya.
Menerusi video itu, selepas rider meletakkan makanan ke dalam baldi, dia sempat menunjukkan tanda bagus dan memaklumkan pelanggan sebelum baldi ditarik semula ke atas.
Video berkenaan lebih mencuit hati apabila menggunakan lagu latar tikar terbang ZamZam Alakazam filem Laksamana Do Re Mi.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:
“Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita.”
“Nasib dia tak guna ketam untuk ambil makanan.”
“Buatnya ada jiran tahan dekat tengah.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar