Banjir: Porsche tawar khidmat tunda percuma & diskaun 30 peratus untuk alat ganti

809
Sime Darby Auto Performance (SDAP) menawarkan bantuan sokongan kepada para pelanggan Porsche yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
 
 

Pemilik Porsche boleh mendapatkan khidmat tunda percuma ke pusat Porsche yang berhampiran, serta diskaun sehingga 30 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh menerusi temujanji yang dibuat bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022.

Para pelanggan juga layak untuk mendapat pemeriksaan yang lebih terperinci, beserta rundingan peribadi bersama pakar bertauliah untuk menilai kerosakan dan pembaikan yang perlu dibuat terhadap kereta yang terjejas.

Hanya alat ganti tulen (Porsche Genuine Parts) yang akan digunakan dalam setiap pembaikan, dan dilindungi oleh jaminan selama dua tahun. Selain itu, Porsche Roadside Assistance turut dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memberikan bantuan tundaan dan juga bantuan tepi jalan.



“Dengan pengumumam ini, kami berharap dapat memberikan sedikit saguhati pada masa yang sukar ini , ”Kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif bantuan banjir, tetapkan temu janji perkhidmatan dan hubungi Pusat Porsche pilihan yang terdekat.

Ara Damansara: https://bit.ly/PFRS-MY-PCAraDamansara

Sungai Besi: https://bit.ly/PFRS-MY-PCSungaiBesi

Penang: https://bit.ly/PFRS-MY-PCPenang

Johor Bahru: https://bit.ly/PFRS-MY-PCJohorBahru

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here