Kos selenggara kereta banjir boleh cecah hingga RM30k

1579

Banjir yang berlaku baru-baru ini memusnahkan banyak harta benda penduduk yang terkesan bahkan melibatkan ribuan kenderaan ditenggelami banjir.

Setelah banjir surut pemilik perlu baik pulih semula kenderaan mereka. Menurut laporan Utusan Malaysia, proses baik pulih mengambil masa empat atau lima hari selepas mengambil kira jangkaan kerosakan serta pembersihan.



Itu adalah jangkaan tempoh tersingkat namun pihak mekanik perlu melakukan pemeriksaan susulan bagi mengenalpasti kerosakan lain.

Menurut pemilik sebuah bengkel di Jalan Permai di Pandamaran, Klang, Azizul Bajuri, 38, sebuah kereta memerlukan sehingga lima orang untuk memastikan enjinnya boleh dihidupkan dan kabin dibersihkan.

Dia menerima 12 kereta banjir dari lima kawasan terjejas dan menjelaskan dalam satu masa hanya dapat membaiki dua buah kereta secara serentak kerana kerosakan akibat banjir terlalu rumit untuk dibaiki.

Kos baik pulih pula juga agak besar kerana melibatkan banyak komponen elektronik yang berisiko rosak. 

“Kos antara RM600 hingga RM2,000 dianggarkan bagi kereta-kereta lama kerana tidak banyak menggunakan komponen elektronik, cukup sekadar selenggara semula enjin seperti tukar minyak serta membersihkan komponen yang kotor.

“Tetapi, bagi kereta yang mempunyai komponen elektronik yang kompleks seperti kebanyakan kereta baharu tanpa mengira model, kos baik pulih sudah pasti lebih RM3,000, kalau tidak cabut bateri ketika banjir, lagilah mahal,” jelasnya.

Selain itu, kos baik pulih pula bergantung kepada jenis kenderaan dan usia bergantung teknologi dan ciri peralatan terkini yang didatangkan. 

Seorang lagi pemilik bengkel di Taman Kemuning Prima, Jalan Bukit Kemuning, Mohd Hafiz Fahmi, 40, berkata kos baik pulih kereta berteknologi tinggi boleh mencecah hingga RM30,000.

“Paling rendah bagi kereta yang ada komponen elektronik yang pernah saya siapkan baru-baru ini Perodua Alza yang perlu tukar ECU serta alat ganti lain sekitar RM1,700.

“Tetapi, bagi model yang sama juga ada yang menelan belanja sehingga RM3,000 kerana banyak sensor rosak serta komponen lain seperti kompresor pendingin hawa, motor kipas radiator, alternator, suis tingkap automatik dan bateri,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here