Transformasi Nissan Skyline GT-R: Daripada sedan mewah menjadi kereta sport

5906

Nissan Skyline GT-R merupakan jentera keluaran Nissan yang sangat ikonik dan juga digelar sebagai “Godzilla” kerana penampilannya. Jika dilihat dari sejarah, jentera ini melalui beberapa fasa transformasi sebelum wujud rupa bentuknya yang terkini.

Berikut adalah sejarah transformasi bagi jentera ikonik Jepun ini:



Prince Skyline GT-B (1965)

Generasi pertama Nissan Skyline diperkenalkan pada tahun 1965 di bawah naungan Prince Motor Company. Dinamakan Prince Skyline GT-B, jentera ini merupakan jentera berprestasi tinggi dari varian Prince Skyline yang mula diperkenalkan pada tahun 1957.

Dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1,988cc 6-silinder, jentera ini mampu menghasilkan sehingga 125hp dan 167Nm tork.

Jentera ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan varian standard yang dilengkapi dengan enjin 1,500cc 4-silinder. Varian standard dari Prince Skyline hanya mampu menghasilkan 60hp.

Prince Skyline GT-B boleh digelar sebagai pembukaan reputasi Nissan GT-R di litar perlumbaan.

C10 Skyline 2000GT-R (1969)

Empat tahun kemudian, selepas Nissan-Datsun memperoleh Prince Motor Company pada tahun 1966, generasi kedua Skyline GT-R dilahirkan dengan kod casis PGC10.

Dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1,990cc 6-silinder, jentera yang digelar sebagai “Hakosuka” ini mampu menghasilkan sehingga 162hp dan 176Nm tork. Model ini mempunyai dua varian iaitu sedan 4 pintu dan 2 pintu. 

Skyline GT-R R32 (1989)

Nissan GT-R

Dalam usaha untuk meningkatkan nilai kompetitif untuk bersaing dalam kelas perlumbaan, Nissan memperkenalkan Skyline GT-R R32 pada tahun 1989. Ini adalah generasi di mana nama panggilan “Godzilla” digelar kepada jentera ini.

Menggunakan kod casis E-BNR32, jentera ini hadir dengan banyak perubahan berbanding generasi terdahulu. Bermula dari reka bentuk yang lebih sporty, aerodinamik, dan sistem enjin.

Skyline GT-R R32 dilengkapi dengan enjin RB26DETT yang berkapasiti 2,600cc 6-silinder. Enjin ini mampu menghasilkan sehingga 276hp. Jentera ini juga mempunyai sistem dwi-turbo dan sistem pemacu semua roda (AWD) untuk menghasilkan prestasi yang optimum.

Nissan Skyline R32 Calsonic versi perlumbaan. Imej: Wikimedia Commons

Untuk maklumat, jentera ini juga pernah memenangi 29 kemenangan berturut-turut tanpa kalah pada kejuaraan Japan Touring Car Championship pada tahun 1990 hinga 1993. Selain itu, GT-R  juga bermaksud Grand Turismo Racer.

Skyline GT-R R33 (1995)

Nissan GT-R

Pada tahun 1995, Nissan kembali menghasilkan casis baru dengan kod E-BCNR33 yang lebih kuat, lebih berat, tetapi aerodinamik. Oleh itu, prestasi jentera akan lebih tinggi dan lebih stabil.

Walaupun tiada perubahan dalam sistem enjin, perubahan yang telah dilakukan pada jentera ini dari model sebelumnya menjadikan ia dapat menghasilkan rekod dunia.

Rekod tersebut tercatat apabila jentera ini menamatkan ujuan yang dilakukan di litar Nurburgring dalam masa kurang dari 8 minit.

Nissan mengeluarkan dua varian khas Skyline GT-R R33, dan salah satunya adalah GT-R LM. Jentera ini merupakan versi homologasi yang mereka gunakan untuk perlumbaan Le Mans 24 Jam dalam kelas GT1.

Skyline R33 GT-R Nismo 400R. Imej: Torque GT

Pada tahun 1997, versi R33 diperkenalkan dengan versi Nismo 400R. Disertakan dengan naik taraf pada enjin RB26DETT, kini kapasiti enjin tersebuat ialah 2,800cc 6-silinder.

Skyline GT-R R34 (1999)

Nissan GT-R

Generasi ke-5 Nissan Skyline GT-R merupakan jentera yang sangat ikonik apabila diperkenalkan pada tahun 1999 yang lalu. Memiliki kod R34, jentera ini digunakan oleh Paul Walker dalam filem 2 Fast 2 Furious (2003) dan Fast and Furious (2009) sebagai kenderaan utama.

Enjin jentera ini masih dilengkapi dengan enjin RB26DETT dengan transmisi 6-kelajuan dari Getrag. Ubahsuai yang dilakukan pada reka bentuk badan jentera ini menjadikan ia kelihatan lebih sporty dari sebelumnya.

Skyline GT-R R34 Nismo. Imej: Speedhunter.com

Untuk maklumat, model ini merupakan generasi terakhir dari kereta berprestasi tinggi Nissan yang menggunakan nama Skyline GT-R.

GT-R R35 (2008)

Nissan GT-R R35 2008. Imej: CAR Magazine

Ini adalah generasi di mana Nissan tidak menggunakan nama Skyline lagi. Bahagian enjin juga telah digantikan, daripada RB26DETT kepada enjin VR38DETT V6 dengan kapasiti 3,800cc yang mampu menghasilkan 480hp dan 632Nm tork.

Walaupun pada umumnya banyak telah berubah, jentera ini masih digelar dengan nama samaran “Godzilla”. Nama samaran ini mula-mula diberikan oleh majalah automotif dari Australia, iaitu Wheels pada tahun 1989.

Nissan GT-R R35 2011. imej: CarsGuide

Pada tahun 2011, GT-R mengalami facelift pertamanya dengan perubahan pada bampar depan dan diffuser belakang yang baru. Rim jentera ini lebih ringan dan lebih keras, jadi pengendaliannya juga akan menjadi lebih baik.

Setelah itu, ruangan enjin GT-R juga telah dilaraskan sehingga ia mampu menghasilkan hampir 530hp. Nissan berkata jentera ini boleh mencapai 0-100km/j dalam masa 2.9 saat. 

Nissan GT-R 2017. Imej: Top Gear

Kemudian pada tahun 2017, GT-R mengalami facelift kali kedua dengan perubahan pada bahagian aerodinamik, termasuk berat badan, sistem penggantungan, dan roda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here