10 kenderaan lain yang boleh anda guna untuk ‘drive-thru’

3428

Servis pandu-lalu (drive-thru) adalah sejenis perkhidmatan take-out yang disediakan oleh sesebuah syarikat yang membolehkan pelanggan melakukan pembelian tanpa meninggalkan kereta mereka.

Pesanan biasanya dibuat menggunakan mikrofon dan diambil sendiri oleh pelanggan melalui tingkap. Pelanggan juga tidak perlu parkir kenderaan mereka dan akan melalui jalan masuk dan jalan keluar yang telah ditetapkan.



Servis pandu-lalu biasanya digunakan oleh kebanyakan pengguna kereta. Oleh sebab itu, jika ada pengguna kenderaan lain yang menggunakan perkhidmatan ini, ianya akan dianggap pelik dan melucukan bagi sesetengah orang.

Malah, ada juga individu yang mengecam pengguna motosikal menggunakan perkhidmatan ini.

Posting ini rata-rata mendapat kecaman dari netizen kerana lawak yang agak tidak kesampaian.

Individu ini dikecam setelah memuat naik status mentertawakan pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera hanya kerana menggunakan motosikal.

Namun, untuk makluman, servis ini bukan hanya digunakan oleh kereta sahaja. Malah, terdapat beberapa kenderaan lain yang juga dibolehkan menggunakan perkhidmatan ini.

Antaranya ialah:

  1. Kereta kuda

2. Kerusi roda elektrik

3. Katil beroda

4. Unta

drive-thru

5. Beca

drive-thru

6. Go-kart

drive-thru

7. Traktor

drive-thru

8. Kereta kebal

drive-thru

9. Basikal

drive-thru

10. Kereta lembu atau kuda

drive-thru

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here