#MOD: Toyota Fortuner pertama di India dengan tandas duduk binaan dalam [Video]

5537

Toyota Fortuner merupakan salah satu SUV popular di India. Walaupun sudah lama berada di pasaran model itu masih menjadi pilihan pengguna yang gemarkan aktiviti lasak.

Seperti mana Innova atau Crysta, Fortuner popular kerana ketahanan, keupayaan off road dan kos penyelenggaraan yang mampu milik.



Menurut portal Cartoq mereka menemui pelbagai jenis modifikasi Fortuner sebelum ini namun restorasi yang satu ini cukup unik. Video yang dimuatnaik akaun Youtube Revokid Vlogs berkongsi modifikasi terbaru menggunakan model varian tertinggi Fortuner facelift.

Vlogger itu menunjukkan satu ruangan rahsia pada but belakang. Masuk ke kabin belakang rupanya ruangan tersebut adalah ‘bilik termenung’. Ini mungkin Toyota Fortuner pertama dan satu-satunya di India yang didatangkan dengan ciri tandas binaan dalam.

Salah satu kerusi barisan ketiga ditanggalkan bagi menempatkan tandas duduk tersebut. Tandas boleh diakses dengan hanya melipat tempat duduk barisan kedua. 

Gaya tandas yang serupa itu digunakan pada karavan dan itu kali pertama dilakukan pada  SUV Fortuner.  Bagi menempatkan tandas tersebut pihak bertanggungjawab garaj Ojes membuat semula bahagian lantai.

Vlogger tersebut juga menjelaskan kereta berkenaan dilengkapi dengan tangki air khas. Walaupun kereta melalui permukaan tidak rata dan lasak air tidak akan tertumpah.

Selain daripada itu tidak ada pengubahsuaian besar lain dilakukan. Bahagian luar masih standard kecuali pemilik menggunakan rim 18-inci BF Goodrich AT. 

Bagaimanapun, Vlogger tidak menyebut kos keseluruhan untuk membina tandas itu. Di India, Toyota Fortuner didatangkan dengan pilihan enjin petrol (2.7 liter) dan diesel (2.8 liter) bersama transmisi manual dan automatik. 

 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here