Sebagai pengguna jalan raya, kita mesti peka dengan peraturan asas jalan raya, terutama papan tanda dan simbol yang melibatkan keselamatan sekeliling seperti amaran jalan licin, tanah runtuh atau tapir melintas.
Namun masih ramai pengguna yang ingkar dan mengabaikan undang-undang antaranya tanda penting yang sering dipandang remeh pemandu dan penunggang iaitu lintasan belang (zebra crossing).
Lintasan belang diletakkan bukan hiasan namun bagi memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas.
Perbezaan warna lintasan pejalan kaki
Lintasan pejalan kaki berwarna putih bermaksud sebagai pemandu atau penunggang kenderaan wajib berhenti sekiranya melihat ada pengguna yang ingin melintas. Keutamaan perlu diberikan kepada pejalan kaki.
Manakala lintasan belang berwarna kuning pula, kita perlu melihat siapa yang tiba dahulu di garisan tersebut. Jika pejalan kaki, pemandu wajib berhenti dan berikan laluan. Jika pemandu sampai dulu, pejalan kaki pula perlu berhenti dan berikan laluan.
Pengguna yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 78 Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Lintasan belang diwujudkan bagi memberikan laluan kepada pejalan kaki yang sedang menunggu di tepi jalan kecuali jika ada lampu isyarat. Namun sering kali pemandu kenderaan enggan berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki.
Nasihat kami, pengguna jalan raya dinasihatkan tidak mengabaikan tanda lalu lintas demi keselamatan semua pihak. Ia sebagai langkah pencegahan awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar