Sejak dari dahulu lagi, versi Type R bagi jenama Honda hanya ditawarkan pada beberapa model sahaja membabitkan Civic, Integra dan NSX.
Daripada tiga model itu, hanya Civic masih ditawarkan dalam bentuk Type R buat masa ini dan terbaharu menerusi generasi baharu FK8R.
Bagaimana pula Jazz?, adakah Honda akan menawarkan dalam versi Type R seperti gambar lakaran X-Tom Design ini.
Jika ia benar-benar wujud, pastinya akan menjadi model ‘panas’ dan ramai mahu memilikinya. Mana tidaknya, di Malaysia sahaja sudah ramai pemilik Jazz menukar enjin Type R terutama enjin 2.0 liter.
Berdasarkan lakaran di atas, reke bentuknya mirip Civic Type R (FK8R) dengan logo warna merah, lip depan karbon dengan kemasan merah, rim hitam dan kaliper brek mewah.
Buat masa ini, Honda tidak memberi apa-apa maklumat berhubung jentera itu dalam versi berprestasi.
Berbeza pula dengan Toyota, mereka kini menawar kembali model berprestasi seperti Supra dan terbaharu Yaris GR yang mempunyai 272PS.
Sekiranya Honda Jazz Type R wujud, pesaing terdekatnya sudah pasti Yaris GR. Bagaimanapun, adakah Honda mahu bersaing dalam segmen berprestasi kompak itu, memandangkan pasaran untuk kenderaan kategori itu tidak besar.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar