Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan aksi seorang kanak-kanak yang duduk bersantai di bawah sebuah lori yang mengcetus kebimbangan orang ramai.
Video tersebut yang dikongsi oleh seorang pengguna di Facebook, Reno Ren yang berjaya dirakam ketika kenderaan tersebut sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berhadapan Bandar Sri Perdana, Jalan Lahad Datu, Tawau.
Menerusi video yang berdurasi 30 saat tersebut, dapat dilihat kanak-kanak berkenaan duduk dengan bersantai sambil menghayun kakinya di bawah kenderaan tersebut tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Namun, difahamkan kanak-kanak itu yang dipercayai seorang warga asing dan berada di situ bagi meminta sedekah daripada pemandu kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, orang ramai meluahkan rasa bimbang akan keadaan kanak-kanak berkenaan. Malah, ada juga yang mendakwa bahawa pemandu lori tersebut tentunya tidak dapat melihat kanak-kanak di situ.
Bagaimanapun kejadian tersebut tidak dapat diketahui yang selanjutnya, namun rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan kanak-kanak itu termasuk perakam yang tidak berbuat apa-apa dan sebaliknya hanya merakam kejadian berkenaan.
📍Jalan Lahad Datu – Tawau persimpangan lampu isyarat berhadapan Bandar Sri Perdana, Sabah
Video tular seorang kanak-kanak bermain di bawah lori trailer yg berhenti dipersimpangan lampu isyarat.
Video : Reno Ren pic.twitter.com/An1nz4dEua
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) December 29, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar