Pelanggan Uber terkejut kena bayar RM585, dari awal kenapa setuju?

1893

Seorang lelaki terpaksa membayar tambang mahal selepas menggunakan perkhidmatan ‘e-hailing’ Uber.

Sam George, 21, baru menamatkan pengajian di universiti dan berparti malamnya bersama rakan di kelab Factory, Manchester.



Selepas itu, pada jam 3.30 pagi George bersama dua lagi rakan cuba menghubungi beberapa buah teksi untuk pulang namun semuanya penuh. Akhirnya mereka membuat keputusan menggunakan Uber XL.

Perjalanan itu bermula dari pusat bandar Manchester ke rumahnya di Crumpsall dan harga yang perlu dibayar adalah tidak wajar memandangkan jarak perjalanan hanya 19km yang mengambil masa kurang 30 minit.

“Ia adalah tidak wajar, bagaimana perjalanan sehala kurang 30 minit menelan belanja lebih pound sterling 100 (RM500)?,” soalnya.

“Saya keluar dari Factory dan naik bersama rakan, ingatkan tambang jadi lebih murah walaupun ada dua lokasi turun (drop off). Kami selalu guna Uber tak pernah sebanyak ini.”

Terkejut dan tidak percaya apabila melihat resit yang diterima menerusi e mail, awalnya George mengandaikan mungkin kerana melibatkan dua lokasi hentian walaupun tidak logik kerana jarak yang dekat.  

Menurut George, kebiasaanya dengan jarak perjalanan yang sama dia hanya perlu membayar pound sterling 25 (RM140.86), namun caj yang dikenakan empat kali ganda lebih tinggi berbanding biasa.

Walaupun dia mengambil minuman alkohol pada malam itu, George menjelaskan dia masih sedar dan tidak akan bersetuju dengan caj pound sterling 104 (RM585) tersebut. 

Sementara itu, Uber menjelaskan semua tambang sudah dikira sebelum pelanggan bersetuju untuk menerima tempahan berkenaan.

Bagi kes George, tambang yang dipersetujui itu dikenakan dengan surcaj dan tambahan dua lokasi turun yang menyebabkan pengiraan semula harga sebenar tambang. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here