Seolah masuk zon ‘time travel’, berlepas 2022 tiba pada 2021

1602

Baru-baru ini sebuah pesawat yang membuat penerbangan dari China ke Los Angeles  seolah membawa penumpang memasuki zon time travel ke masa lalu. 

Ini kerana penumpang pesawat Air China 625 berlepas dari Beijing, China pada 1 Januari 2022 dan mendarat di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember 2021.



Seolah kembali ke tahun lalu, penerbangan tersebut mendarat pada jam 9.34 malam dan mereka berpeluang menyambut tahun baharu kali kedua di Los Angeles.

Situasi berkenaan tidak pelik kerana jarak waktu lokal yang berbeza yang mana Beijing lebih cepat 16 jam berbanding waktu di Los Angeles.

Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat dan selain dari Beijing banyak lagi negara-negara yang mempunyai waktu tempatan sama termasuk Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here