Tak pernah jadi, kereta api lupa berhenti di Stesen Kuala Gris, Kelantan

2903

“Saya pun terkejut dengan kejadian pagi ini, tidak pernah berlaku sebelum ini. Jika dahulu kereta api lama boleh patah balik tetapi Tren Diesel Multiple Unit (DMU) ini dah tidak boleh,” kata Penghulu Mukim Kuala Gris, Badrul Shahudin.

Disebabkan kereta api tidak berhenti di Stesen Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan, kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris terkandas apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut pagi tadi.



Rata-rata pelajar yang bersemangat sempena hari pertama persekolahan berasa sedih apabila kereta api yang sepatutnya dinaiki mereka tidak berhenti di Stesen Kuala Gris.

Selepas menunggu 30 minit, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah. Ini kerana pelajar berkenaan perlu menaiki kenderaan sejauh 10km dengan masa perjalanan 25 minit berbanding 17 minit menaiki kereta api. 

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Siti Masitah Mat Nasir, 18, berkata, pagi ini dia bersemangat bangun seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah.

“Hari pertama mestilah seronok dan teruja tetapi sedih bila kereta api tidak berhenti. Saya nak ke sekolah sukar kerana ibu dan ayah sudah keluar bekerja jadi terpaksalah pulang ke rumah sahaja,” katanya. 

Selain itu, Badrul Shahudin turut memaklumkan sudah menghubungi KTMB berkaitan kejadian tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here