Tahun lalu, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi pengalaman menaiki kapal layar milik Tan Sri Vincent Tan ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Kali ini, pasangan tersebut berpeluang menaiki jet peribadi milik jutawan terkenal tersebut. Menerusi perkongsian Hairul di laman Instagramnya, dia berkongsi rasa teruja dan tidak pernah terfikir akan berpeluang menikmati pengalaman sedemikian.
View this post on Instagram
Hairul amat berbesar hati menerima jemputan daripada Tan Sri Vincent Tan pada percutian impian berkenaan.
“Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.
“Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini. MasyaAllah atas rezeki ini untuk anak-anak (dan kami tumpang), ” tulisnya.
Bagaimanapun pada hantaran dan video itu, Hairul tidak menyatakan destinasi percutian secara spesifik.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti teruja dengan percutian mewah pasangan suami isteri tersebut.
“Memang another level dah nee.”
“Bestnyaaaaa. Tapi memang layak laa diorg dapat. Sebab hanis hairul jenis humble jeee.”
“Mantap siak pakcik hairul.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar