Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan bekerjasama bagi pelaksanaan had laju 30kmj di zon terpilih di ibu negara dan 50kmj bagi zon lain.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter Pengerusi Lembaga Pengarah Miros, Datuk Suret Singh.
DBKL and Miros will work together to make speed limit 30 kmph for selected zones and 50kmph for otjers a reality. We also discussed sharing CCTV data on traffic offences.
— ProtectRoadUsers (@SuretSingh) January 8, 2022
Selain itu, beliau juga menyatakan perbincangan itu turut melibatkan perkongsian data kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kesalahan trafik.
Menerusi ciapan di Twitter Suret turut menjawab persoalan pengikutnya yang ragu dengan pelaksanaan had laju tersebut.
“Setuju ia perlu dirancang dengan baik dan dilaksanakan dengan betul. Terbaik dengan melakukan projek perintis di satu atau dua lokasi sebelum pelaksanaan secara penuh,” balasnya.
Sebelum ini, media melaporkan, Miros mencadangkan had laju standard 30kmj untuk kawasan bandar, desa dan kediaman, sebagai sebahagian daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2021-2030.
Ciapan itu turut mendapat pelbagai pandangan daripada warga Twitter antaranya:
“30kmj akan menjadi langkah drastik untuk pemandu patuhi. Adakah had laju yang dicadangkan di zon terpilih mengambil pertimbangan semua aspek; reka bentuk jalan, masa untuk perlahan apabila sampai ke zon, dan keselamatan pengguna jalan raya lain?.”
“Setuju 100 peratus.”
“Justeru kini telah dilaksanakan di seluruh London. Ia kembali lebih 10 tahun lalu. Perubahan infrastruktur adalah kecil. Bagaimanapun, keutamaan Malaysia terhadap kenderaan persendirian berbanding orang ramai adalah cabaran terbesar.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar