Perodua sambut baik inisiatif Baucar Diskaun Automotif

665

Perodua mengalu-alukan inisiatif Baucar Diskaun Automotif yang diumumkan kerajaan di bawah program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata 7 Januari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 untuk membantu rakyat Malaysia terutama sekali pemilik kenderaan yang terkesan akibat banjir.



“Inisiatif baucar ini, bersama-sama dengan bantuan kewangan lain akan membantu rakyat Malaysia untuk pulih dengan segera.

“Sehingga 10 Januari, sebanyak 1,987 kenderaan Perodua ditunda ke 200 pusat servis Perodua yang terletak di seluruh Malaysia untuk penilaian dan setakat ini 323 unit telah dibaikpulih,” katanya. 

Baucar tersebut boleh digunakan untuk membuat tuntutan baik pulih kenderaan persendirian akibat banjir. Tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif ialah pada 31 Mac depan dan penebusan boleh dilakukan di pusat servis sah seluruh negara. 

Potongan terus akan dibuat daripada jumlah kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Selain itu, Perodua juga menyediakan hab pembaikan banjir di Shah Alam untuk membaiki  kenderaan Perodua yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini. Hab itu disediakan bagi mempercepatkan proses baik pulih kerana Perodua memahami keperluan pelanggan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here