[Video] Myvi pancung rapat, lelaki ini kongsi situasi berdepan pembuli jalan raya

1786
Seorang pemandu berkongsi kisah berdepan pembuli jalanan di jalan Connaught, Cheras, Kuala Lumpur.
 
 
Pemilik akaun Facebook Muhammad Al Fateh memuat naik hantaran tersebut di Page Dashcam Owner Malaysia yang menyatakan kejadian berlaku semalam pada jam 6.30 petang.
 
“Semasa saya membawa kereta tiba-tiba sahaja kereta Myvi warna putih celok depan saya secara tiba-tiba dan saya menekan hon panjang.
 
“Kemudian Myvi tersebut membuka tingkap sambil menunjukkan walkie talkie dan menjerit cakap dah bagi signalkan dan menjerit entah apa tak tahu,” ceritanya.
 
Selain itu, Muhammad juga berasa hairan tindakan Myvi tersebut yang berada di lorong kanan sedangkan dia ingin menghala ke Kuala Lumpur  di susur kiri.
 
 
Tindakan mengejut pemandu Myvi itu menyebabkan dia terpaksa brek mendadak sehingga anaknya yang berada di kerusi penumpang belakang terjatuh.
 
Menurut kami apabila berdepan situasi sedemikian terutamanya pembuli jalanan, perkara yang perlu dilakukan adalah jaga jarak dan biarkan pembuli tersebut berlalu demi keselamatan. 
 
Selain itu, anda juga perlu sentiasa jaga emosi dan tetap kool. Lebih penting adalah memiliki kamera papan pemuka yang dapat membantu siasatan polis. Terakhir sekali adalah membuat laporan polis jika anda tidak berasa selamat. 
 
Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai komen daripada netizen antaranya:
 
“Pancung rapat. Jalan depan jemmed, slow jela, laju nak pergi mana yang cakap dia bagi signal tu org belakang je boleh nampak. Kite yang depan ni tak tau pape, tetiba kena pancung.
 
“Nak bagi kemalangan tu. Takde sebab dia nak cilok kanan sebab lorong tengah tu kosong.”
 
“Mungkin sebelum videoko ade provoke die kot atau die tak puas hati carako memandu, tengok gaye die memang sengaja nak mencelah depan ko hakikatnye die nak ke kiri.”
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here