Mustahil…GR Yaris cuba tarik Porsche 911 tergelincir, ini yang jadi akhirnya

1671

Memandu pada permukaan salji sebenarnya agak mencabar terutama kereta yang memiliki kuasa kuda tinggi, pacuan roda belakang dan tidak dilengkapi dengan tayar musim sejuk.

Ini yang terjadi pada Porsche 911 yang tersekat di sisi bahu jalan, Poland. Mujur ketika kejadian sebuah Toyota GR Yaris berada di lokasi kejadian dan menjadi penyelamat.  

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Supercar Fails (@supercar.fails)



Menerusi video singkat itu boleh dilihat hot hatch berkenaan tidak memiliki cengkaman yang cukup untuk menarik Porsche tersebut bahkan seolah mustahil.

Ini kerana GR Yaris lebih ringan dan sukar untuk menunda 911 yang lebih besar dan berat dalam keadaan daya tarikan rendah selain pemandu GR Yaris berkenaan menunda dari arah yang salah.

Ini menyebabkan kereta Jepun itu gelincir dan bergelut untuk mendapatkan cengkaman bahkan lebih bahaya hampir melanggar beberapa orang yang berada di situ.

Walaupun video berkenaan tidak dikongsi sehingga akhir, namun pengulas menjelaskan Toyota itu berjaya menarik Porsche keluar dan tiada sesiapa yang cedera. Difahamkan kejadian itu berlaku kerana pemandu Porsche hilang kawalan sehingga terbabas. 

Kemungkinan kerosakan yang dialami Porsche tersebut hanyalah kosmetik memandangkan tekstur salji yang lembut. 

Untuk makluman, GR Yaris dijana enjin 1,600cc G16E-GTS Turbo yang menghasilkan kuasa antara 259hp dan 270hp, dan tork antara 360Nm dan 370Nm. Sistem transmisi pula jenis manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan empat-roda (4WD) GR-Four.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here