Tular sebuah rakaman video memaparkan detik-detik cemas sebuah MPV tenggelam ke dalam tasik.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kerana pemandu terlupa menarik brek tangan ketika pakir dan MPV tersebut mengundur sebelum terjunam ke dalam tasik.
Menurut kenyataan video yang dimuat naik Instagram @jakarta_zone, kejadian tersebut berlaku di jalan KPT Tanjung Senai Inderalaya, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia.
Dalam video berdurasi 24 saat tersebut, dapat dilihat empat orang lelaki membantu menyelamatkan seorang penumpang yang terperangkap.
Bagaimanapun, penumpang tersebut berjaya diselamatkan yang mana dia keluar menerusi pintu penumpang belakang sebelum kenderaan tersebut tenggelam.
Difahamkan ketiga-ketiga penumpang berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sayang sekali mobilnyaa, syukur2 beli pakai duit sendiri , pas kebetulan pakai duit org tua itu gimana ya?.
“Pas berhenti lupa rem tangan, jadi Mobil nya mundur gitu? Tapi itu di tengah2 lo, gak mungkin karena lupa rem tangan keknya, soalnya jauh.
“Kok bisa? Lupa rem tangan? Masa bisa agak ke tengah gitu nyemplung nya? Trus juga kalo masih dalam mobil trus mobil jalan sendiri.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar