Abang Viva pilih nombor plat WAN 2030 untuk trak pikap, ada makna rupanya….

18270

Kisah tentang Abang Viva bakal mendapat trak pikap akhirnya tiba ke penghujung apabila Sha Hassan iaitu pengasas Shalicious Empire Sdn Bhd berkongsi pembelian model 4×4 tersebut di sebuah pusat jualan.

Model yang diterima oleh Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar akhirnya terjawab apabila Sha memilih Mitsubishi Triton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)



Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sha, dia bersama suami bergambar di depan trak pikap tersebut sambil memegang kunci replika selain menunjukkan video pendek proses menandatangani dokumen jual beli.  

Sha mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu mendapatkan Triton itu dengan cepat tanpa perlu menunggu lama.

“Kalau ikutkan dua hingga tiga bulan kena que tapi rezeki Abang Viva berjaya jugak keluarkan dalam masa terdekat,” katanya. 

Menerusi perkongsian video di akaun Facebook SedapDoh, Sha sudah menghantar kenderaan tersebut ke kediaman Azwan dan boleh dilihat kedua ibu bapanya terharu dengan pemberian berkenaan. 

Selain itu, pemilik akaun Facebook Wanputra Platehunter berkongsi, Azwan memilih nombor nombor pendaftaran WAN 2030 pada model Triton Quest kelabu itu. Dianggarkan trak pikap tersebut berharga RM80,000.

“Masa suruh pilih apa plate yang dia minat, kalau boleh WAN, ni jawapan dia. Hajat nak pakai plat WAN 2030.
 
“Kenapa 2030 katanya sebab modal dia datang masa nak bantu mangsa banjir RM20 (duit minyak) dan RM30 duit makan,” jelasnya.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here