10 fakta ringkas Toyota Corolla Cross Hybrid CKD, harga jualan bermula RM136,550

2636

Bagi membuka tirai tahun 2022, UMW Toyota Motor melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid serba baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif global untuk mencapai keneutralan karbon menjelang 2050. 

Ini video pandu uji Toyota Corolla Cross Hybrid:



Pelancaran Toyota Corolla Cross Hybrid Electric menandakan pencapaian penting baharu bagi UMW Toyota Motor sebagai kenderaan hibrid pertama yang dipasang di dalam negara berlandaskan platform Seni Bina Global Baharu Toyota (TNGA). 

Berikut fakta ringkas Corolla Cross Hybrid Electric yang dijual pada harga RM136,550: 

  1. Ia dilengkapi Sistem Elektrik Hibrid Toyota Generasi Ke-4 untuk meningkatkan kecekapan guna bahan api, melanjutkan daya tahan bateri serta menambah baik pengendalian dan kestabilan.
  2. Corolla Cross Hybrid Electric serba baharu menghasilkan emisi lebih rendah, pecutan lebih pantas dan teknologi elektrik hibrid canggih yang memastikan anda terus kekal di hadapan untuk bertahun-tahun akan datang.
  3. Enjin hibrid Toyota Corolla Cross 1.8L menggabungkan enjin petrol dengan dua motor elektrik. Gandingan antara dua sumber tenaga ini menjanjikan kecekapan, kemudahan pemanduan, prestasi kukuh dan jarak perjalanan jauh antara pengisian semula minyak. Perincian kuasa: 
  • Enjin: 98 PS
  • Motor elektrik: 52kW
  • Gabungan enjin dan motor elektrik: 122PS
  1. Bateri Sistem Elektrik Hibrid Toyota generasi ke-4 juga direka untuk kekal sepanjang hayat kenderaan dan dibangunkan untuk memenuhi lima parameter penting yang memberikan ketenangan fikiran penuh membabitkan keselamatan, hayat guna jangka panjang, tahap kualiti tinggi, produk bermutu dan prestasi tinggi. 
  2. Platform TNGA ialah struktur dalaman untuk menawarkan tahap kestabilan, dan ketangkasan lebih tinggi serta titik pemandangan lebih tinggi untuk menambah baik daya penglihatan. Ia juga menerima penarafan keselamatan 5 bintang maksimum penilaian teknikal oleh ASEAN NCAP.
  3. Corolla Cross Hybrid Electric kini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) membabitkan: 
  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Penggera Penyimpangan Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
  • Kawalan Halaju Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB). 
  • Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Penggera Lalu Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS)
  • Tujuh beg udara SRS 
  1. Untuk menyerlahkan ciri kemewahan, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric menyediakan ruang belakang mudah dimasuki serta bahagian bagasi yang cukup besar dengan menempatkan pek bateri di bawah kerusi belakang untuk memastikan kapasiti bagasi 440L yang setanding kenderaan petrol.
  2. Keselesaan dititikberatkan dengan tempat duduk bersalut kulit yang serba canggih dan kerusi pemandu kawalan kuasa, corong penyaman belakang dan skrin sentuh sembilan inci dan sambungan yang serasi AACP (Android Auto Apple CarPlay). 
  3. Corolla Cross Hybrid Electric baharu boleh didapati dalam lima warna:
  • Metalik Kelabu
  • Metalik Perak
  • Metalik Biru Nebula
  • Putih Mutiara Platinum
  • Metalik Mika Merah
  1. Ia dilengkapi waranti kilang 5 tahun/jarak perjalanan tidak terhad. Untuk ketenangan fikiran tambahan, waranti 8 tahun/jarak perjalanan tidak terhad turut disediakan meliputi pek bateri hibrid, inverter dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa. Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti dua tahun lagi untuk menjadikan tempoh 10 tahun, iaitu waranti pertama sepertinya dalam industri tempatan.
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here