#Tips: Perhatikan 5 tanda ini elak air radiator kering

13693

Semua kenderaan dilengkapi dengan sistem penyejukan. Radiator merupakan komponen penting yang berperanan sebagai pemanas atau penyejuk pada sistem operasi enjin.

Jadi adalah penting memeriksa air radiator secara rutin sehingga anda tahu bilakah perlu menambahkannya. Selain itu, air radiator juga boleh cepat kering disebabkan masalah kebocoran.

Bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku, anda boleh perhatikan tanda atau gejala yang menunjukkan air radiator berkurangan atau kering:



  1. Timbul suara kasar 

Tanda pertama yang boleh anda perhatikan adalah muncul suara kasar dari bahagian enjin. Ini berlaku akibat enjin terlalu panas sehingga mempengaruhi sistem pembakaran.

Proses pembakaran yang seharusnya normal berubah menjadi lebih cepat membuat knocking di enjin dan menjadikan pembakaran tidak sempurna. Jika ini terjadi, segera berhenti dan periksa air radiator apabila enjin sejuk.

2. Pendingin hawa kurang sejuk

Tanda lain apabila pendingin hawa dihidupkan dalam tempoh yang lama, udara sejuk tidak dirasakan dalam kabin. Jika gas masih banyak ini bermaksud paras air radiator berkurangan atau mungkin habis. 

Ini kerana pusingan kompresor pendingin hawa berhenti kerana enjin menghentikannya secara automatik kerana panas. Jadi anda akan berasa angin blower yang panas. Sebaiknya hentikan perjalanan dan cuba periksa air radiator. 

3. Indikator enjin merah

Tanda ini paling mudah dikesan dengan melihat simbol suhu pada papan meter. Ini dikesan apabila simbol suhu (berwarna merah) pada panel meter menyala, atau jarum indikator bergerak ke posisi H (hot) atau melebihi 100ºC.

Ketika suhu enjin normal, jarum akan berada di tengah. Namun ketika air radiator berkurang atau habis, maka jarum ini akan bergerak ke arah warna merah. Sebelum jarum sampai ke warna merah, sebaiknya tambahkan air radiator. 

4. Muncul wap air pada penutup enjin

Situasi ini paling bahaya apabila berlakunya gejala wap pada penutup enjin.  Ini menandakan pengewapan dari air radiator yang berlebihan. Sebahagian besar penyebabnya adalah kebocoran. 

5. Kuasa enjin menurun

Tanda terakhir yang boleh dirasakan adalah kuasa enjin yang kurang bertenaga pada rpm tinggi. Kenderaan terasa lebih berat walaupun sudah menekan pedal minyak lebih dalam. Pecutan yang menurun ini akan mengganggu prestasi enjin.

Namun jika setelah diisi air kereta tetap kurang tenaga, bermakna ada masalah lain yang perlu diperiksa. 

CARA SELENGGARA RADIATOR

  • Lihat paras air: Jadikan ini rutin sebelum keluar memandu terutamanya apabila ingin memandu jauh.
  • Servis radiator secara berkala: Bukan saja radiator perlu bersih, tetapi juga tangki simpanan pendingin (coolant) dan hos serta komponen saluran lain.
  • Jangan guna air paip: Air paip boleh menyebabkan karat, dan karat pula boleh membuatkan sistem aliran radiator tersumbat. Jika ini terjadi tekanan air akan berlaku ke atas bahagian saluran air seperti hos dan penutup radiator dan menjadi punca kebocoran dan air kering.
  • Guna coolant dengan campuran betul seperti disarankan dan secara berkala supaya jumlah dan kualiti dalam keadaan baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here