Kakak Bezza ‘total lost’, ingatkan ditipu sekali betul Carsome datang beri kereta

3559

Banjir teruk bulan lalu membuatkan penduduk yang terkesan hilang harta benda. Tidak terlepas Nuarjan Sulaiman dan suaminya yang kehilangan kereta pertama, Perodua Bezza yang dibeli tiga bulan lalu. 

Lebih sedih, mereka mengumpul duit selama lapan tahun termasuk menggunakan wang KWSP untuk membeli model sedan berkenaan. Siapa sangka kehilangan tersebut digantikan oleh Carsome.



Syarikat kenderaan terpakai itu menghubunginya pada dua minggu lalu dan menyatakan hasrat untuk menyampaikan sumbangan.

“Dua minggu lalu, pihak syarikat hubungi saya untuk buat temu janji dan menandatangani surat perjanjian.

“Mulanya saya ragu-ragu sebab bimbang ditipu. Jadi perkara itu tidak dihebohkan sehinggalah kereta Proton Saga tersebut dihantar,” katanya.

Nuarjan terharu dengan pemberian tersebut yang boleh digunakan untuk kegunaan ahli keluarganya, sementara Perodua Bezza miliknya dibaiki.

Dia yang berterima kasih dengan pemberian tersebut turut mengharapkan syarikat besar yang berkemampuan melakukan perkara sama membantu mangsa banjir lain. 

Selain itu, Perodua Bezza miliknya masih berada di pusat servis dan menunggu giliran dibaiki.

“Saya tak pasti kereta tersebut boleh digunakan lagi atau tidak kerana setakat dua hari lepas, kereta itu belum diperiksa dan masih menunggu giliran.

“Saya menyediakan sekitar RM10,000 untuk kos baik pulih. Saya masih berharap kereta ini masih boleh digunakan kerana dibeli hasil titik peluh bersama suami dan masih berhutang dengan pihak bank,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here