Orang lain punya salah, Pak Ya Sepahtu pulak yang kena saman

2674

Gara-gara parkir kereta miliknya digunakan orang lain, pelawak llya Buang, 54, disaman pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana parkir di tepi jalan. 

Ilya atau mesra disapa Pak Ya melahirkan perasaan kecewanya dengan apa yang berlaku menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Illya Buang (@illya_senario)



Dia yang memuatnaik foto sebuah model Perodua bertanya siapakah pemilik hatchback kompak tersebut.

“Udah seminggu dia simpan kereta dia di parking lot teman. Pihak pengurusan pun tak tau sape punya kereta. Nak tarik guna tow truck pun susah, tow truck mungkin tak boleh masuk.

“Pihak pengurusan dah clamp. Kata deme kalau owner kereta nak bukak clamp kena bayor rm50…rm50 je,” katanya menerusi kapsyen. 

Tambahnya, pemilik kereta tersebut yang parkir selama berminggu dan berbulan hanya perlu membayar denda RM50 sedangkan dia terpaksa membayar saman.

“Rm50 tu pulak bayor kat pihak pengurusan, bukan kat teman. Kereta teman pulak kena saman dengan majlis bandaraya sebab parking tepi jalan,” katanya. 

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen antaranya:

“Patut pengurusan bertanggungjawap sebab itu under diaorang, bukan setakat clamp sahaja. Diaorang kena buat sesuatu, sebab abang bayar management untuk pengurusan.”

“Nombor plat dh ada tu boleh detect sape owner.”

“Patut kira sehari 50 ringgit. Menyusahkan orang.”

“Double park je depan kereta dia.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here