#Tips: Stress ketika memandu, ini beberapa cara atasi…

1337

Suka atau tidak, tekanan (stress) adalah sebahagian daripada kehidupan kita sama ada di tempat kerja atau di rumah. Stress boleh menjejaskan aspek emosi dan fizikal, serta mengganggu tumpuan dan reaksi seseorang itu.

Ini bukanlah sesuatu yang baik lebih-lebih lagi apabila kita hendak melakukan rutin harian seperti  memandu. Jadi, di sini kami kongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan jika anda mengalami stress sebelum memandu.



Pertama sekali, adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda stress. Anda mungkin mengalami sebahagian daripada symptom yang disenaraikan:

  • Mudah berasa marah dengan rakan atau keluarga
  • Rasa terganggu, jadi pelupa atau muram
  • Pelbagai perkara bermain di fikiran
  • Tidak boleh berhenti dari berfikir
  • Menjadi lebih senyap
  • Kurang atau terlebih makan
  • Merokok/minum alkohol lebih banyak atau mengambil dadah
  • Mengalami ketegangan otot
  • Sakit kepala
  • Berasa tidak sihat
  • Kurang tidur/Insomnia
  • Lebih kerap sakit

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikut sebelum anda masuk ke dalam kereta dalam keadaan tertekan:

  • Berjalan kaki sambil menghirup udara segar.
  • Tunggu sehingga anda berasa lebih tenang dan bersedia untuk memandu. Memandu adalah perkara yang boleh mendatangkan stress, jadi jika anda sudah berasa tertekan keadaan mungkin akan jadi lebih buruk.
  • Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan dengan perlahan beberapa kali sehingga anda tenang.
  • Jika anda mengalami sakit kepala atau sebagainya akibat stress, pastikan anda berasa cukup segar sebelum memandu. Minum air dan dapatkan udara segar.
  • Senaraikan perkara yang mendatangkan stress kepada anda. Buat perancangan untuk selesaikan perkara-perkara terbabit pada masa akan datang.
  • Adakah tekanan membuatkan anda ketagih dengan alkohol, dadah atau nikotin? Dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami ketagihan yang teruk.
  • Pastikan anda tidak terlalu letih sekiranya stress mengganggu corak tidur anda. Jika anda berasa mengantuk ketika sedang memandu, pastikan anda berhenti di tempat yang selamat seperti perhentian R&R.
  • Luahkan perasaan anda kepada orang yang anda percayai. Berkongsi masalah kadang-kala dapat mengurangkan tekanan yang dialami dan orang tersebut mungkin dapat mencari penyelesaian kepada masalah anda.

‘JANGAN LUPA, KONGSI TIPS INI KEPADA KELUARGA DAN RAKAN ANDA JUGA’

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here