Pelik..modifikasi kacukkan sedan trak pikap ini sah digunakan di jalan raya

1615

Selain Fast and Furious, Mad Max juga merupakan filem aksi terbaik yang memaparkan babak kejar-mengejar antara kereta dan mempunyai peminat yang ramai seluruh dunia.

Malah mereka juga menganjurkan satu perhimpunan khas berkongsi minat yang sama sehinggakan salah seorangnya menghasilkan kereta inspirasi pasca-apokaliptik filem tersebut. 



Kenderaan milik Morning Raven mencuri perhatian dengan reka bentuknya yang pelik di Coeur d’Alene, Idaho, Amerika Syarikat. 

Dinamakan sebagai ‘Ansley the HellBilly Honda’, ia hasil gabungan dua model jenama yang terkenal iaitu Honda Accord dan Chevrolet Suburban.

Modifikasi pelik sedan di atas trak pikap itu mengambil ilham nilai estetika dan fungsi dalam filem Mad Max. Badan Honda Accord generasi ke-6 itu dikimpal di bahagian atas Chevrolet Suburban generasi kelapan dalam keadaan condong.

Sementara hud depan, bahagian sisi depan serta bampar depan/belakang Honda Accord dibuang bagi menempatkan rangka sedan itu. Lebih aneh bahagian hud trak pikap itu digantikan dengan barisan keluli yang tidak menutup sepenuhnya enjin. 

Bagi menyatukan badan sedan itu di atas trak pikap tersebut, dia mengimpal tangki gas, peti pertolongan kecemasan, papan tanda, dan kepingan logam berkarat untuk mengisi ruangan kosong. 

Lebih aneh sedan trak pikap itu merupakan pengangkutan harian dan sah digunakan di  jalan raya lengkap dengan nombor plat negeri Idaho.

Nota kaki: Jika di Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan pening mahu kategorikan model dan jenama kenderaan. 

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here