Filem Hantu Kak Limah antara filem Malaysia yang begitu dekat dengan rakyat dan menjadi pilihan mereka yang ingin menonton filem-filem tempatan secara santai dan komedi.
Bahkan, set penggambaran yang digunakan dalam filem arahan allahyarham Mamat Khalid tersebut sehingga kini sentiasa mencuri tumpuan orang ramai di perkarangan Sarang Art Hub, Tanjong Malim, Perak.
Salah satu babak yang melekat hingga kini tentunya gaya Husin yang menunggang motosikal berkuasa tinggi, setelah dirakam secara jauh rupanya lakonan Datuk Awie itu mendayung sampan.
Siapa sangka motosikal perahu tersebut yang digunakan dalam filem Hantu Kak Limah itu masih ada yang mana dipamerkan di perkarangan Sarang Art Hub, bagi mengenang filem komedi yang pernah mencetuskan fenomena.
Jadi tidak hairanlah, orang ramai terutama kanak-kanak akan bergambar atau berswafoto di replika berkenaan bagi meniru gaya Husin dalam filem terbabit.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar