Seorang penunggang motosikal nyaris cedera parah selepas mengalami kemalangan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Miri, Sarawak.
Menerusi video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan ketika memasuki selekoh ditambah keadaan jalan yang licin selepas hujan.
Kejadian tersebut menyebabkan dia terbabas memasuki sebuah premis lalu melanggar sebuah tong. Hentaman itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas hud depan sebuah kereta yang diparkir berhampiran.
Bagaimanapun, selepas rempuhan itu boleh dilihat lelaki berkenaan bangun semula dalam keadaan terhuyung-hayang. Jika dilihat pada rakaman, jalan tersebut seolah selekoh tajam namun sebenarnya ia adalah simpang jalan raya utama.
Tidak diketahui bilakah insiden itu berlaku, namun kejadian tersebut menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.
Ada juga netizen yang ketawa melihat kejadian itu dan turut mendoakan lelaki berkenaan.
“Dua kali tengok, Maaf ya bang saya tergelak. Semoga dipermudah urusan.”
“Kenapa suka? Kenapa ada emoji suka? Kenapa soal dia tak mati? Allahuakbar, sakit tu tau tak sakit.. Semoga dipermudahkan urusan pakcik.”
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar