Tak pernah sangkut, palang buka awal, pengguna kongsi bahagian ‘ideal’ lekat tag RFID

3433

Dua tiga hari ini isu pelekat RFID masih lagi hangat dibincangkan di laman sosial namun lebih banyak negatif berbanding positif.

Bagaimanapun seorang pengguna RFID, Solihin Razali berkongsi pengalaman yang positif sepanjang menggunakan sistem tersebut. 



Menurut perkongsiannya di Facebook Group Proton X50 Community Malaysia (PX50CM) itu, dia menjelaskan pembaca RFID mengalami masalah mengimbas kod yang dilekatkan pada bahagian dicadangkan PLUS Malaysia.

“RFID pasang di toll, diaorang test guna scanner RFID manual; pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi).

“Pasang pada lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi), sudahnya pasang sebelah nombor plat,” jelasnya.

Setelah dipasang pada bampar bersebelahan nombor plat itu pembaca RFID tidak mengalami masalah mengimbas kod tag walaupun daripada pelbagai sudut.

Solihin juga mengakui walaupun ragu-ragu, namun setakat ini sepanjang perjalanan ulang alik bekerja adalah lancar.

“Sehingga kini tak pernah sangkut lagi dan paling best palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati,” jelasnya.

Bagaimana menurut anda, adakah saranan pemasangan di sebelah kiri kenderaan sebenarnya tidak boleh digunapakai pada semua kenderaan dan setiap pengguna perlu mencuba lokasi ideal yang mudah diimbas oleh pembaca RFID sebelum melakukan pemasangan.

Jika begini, nayalah…..

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here