Isu sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Malaysia masih belum reda dan setakat ini respons yang diterima hanyalah pemberian percuma bagi pelekat yang tidak berfungsi dengan baik.
Jadi apakah langkah yang perlu dilakukan oleh Touch n Go bagi menambahbaik sistem RFID yang masih belum matang ini supaya tidak menyusahkan rakyat.
Mungkin pihak bertanggungjawab boleh contohi sistem yang sudah ada di luar negara lalu disesuaikan penggunaannya di Malaysia. Seperti mana perkongsian pemilik akaun Facebook Syed Nabil Syed Ahmad.
Di New Zealand, tiada pondok dan lorong tol apatah lagi palang. Pengguna juga tidak perlu menggunakan Touch ‘n Go, SmarTAG atau RFID, sebaliknya hanya menggunakan sistem gantri (palang yang melintasi jalan).
“Cuma pakai kamera yang capture nombor plat kereta. Ko bawakje macam biasa ikut jalan tu. Lepas lalu tol, kena bayar ikut internet dalam masa 5-hari. Klu lambat kena denda.
“Kalau selalu guna tol, boleh create akaun online letak nombor plat kereta dan top up akaun siap-siap. Nak link dengan akaun bank or debit/credit kad pun boleh. Bila lalu je nanti automatik tolak. Alaa mcam Touch n Go e wallet tu la,” katanya.
Jelasnya, dengan sistem sedemikian tidak akan ada isu seperti mana di Malaysia misalnya bateri SmartTAG habis, kegagalan imbasan pelekat RFID dan lain-lain.
Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook Saif Suhairi yang tinggai di Amerika Syarikat (AS) berkongsi cara penggunaan RFID di negara Uncle Sam itu.
Sistem kutipan tol di sana mirip di Malaysia menggunakan SmartTAG dan pas EZ, tetapi ada beberapa perbezaan.
PERBEZAAN
Kebanyakan jalan raya utama tidak disediakan pondok tol, dan hanya mempunyai tiang tinggi dan diletakkan sensor dan kamera. Pengguna hanya pandu seperti biasa.
Kenderaan tidak perlu berhenti dan kamera pengesan pada gantri akan mengesan kenderaan yang lalu, malah sistem juga boleh membezakan jenis kenderaan sama ada kereta, motosikal atau lori besar.
Setiap kenderaan dan nombor plat akan didaftar dengan satu akaun, jadi segala pembayaran akan ditolak terus dari akaun itu. Walaupun wang dalam akaun tidak mencukup anda masih boleh melepasi tol, tetapi nilai dalam akaun akan jadi negatif.
Apabila pengguna membuat isian semula, ‘hutang’ tol sebelumnya akan ditolak secara automatik. Jika lewat membuat pembayaran, pengguna boleh dikenakan denda dan saman jika melewati tempoh yang lama.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar