Ramai yang memperkatakan tentang pesawat terbesar dunia ini sayangnya anda tidak akan dapat melihatnya di lapangan terbang komersial.
Bahkan saiz meganya mengalahkan pesawat besar lain yang ada di dunia termasuklah e Antonov An-225, Boeing 747-8, Airbus A380 dan Howard Hughes H-4 Hercules (Spruce Goose).
MISI PENTING
Pesawat Stratolaunch atau kod nama Roc berkenaan mempunyai misi penting iaitu melancarkan roket hipersonik.
Saiz sayapnya saja 385 kaki, lebih panjang daripada padang bola manakala panjang fiuslaj (badan utama pesawat) berkembar adalah 238 kaki dan tinggi ekor (50 kaki).
Disebabkan saiznya yang bagak ia dibina di dalam hangar khas seluas 88,000 kaki persegi di Pangkalan Udara dan Angkasa Mojave. Terkini, Stratolaunch kembali terbang Ahad lalu bagi menyempurnakan ujian penerbangan pertamanya dalam tempoh lebih lapan bulan.
The team is rounding out a successful Roc carrier aircraft test flight with two low approach maneuvers before landing. We’re excited to get the aircraft on the ground and start analyzing all of the great data we collected today! #LetsRoc pic.twitter.com/FcwHbv8qmo
— Stratolaunch (@Stratolaunch) January 16, 2022
Misi penerbangan 4 jam dan 23 minit itu menguji tahap ketinggian dan sistem gear pendaratan pesawat ketika operasi menolak keluar dan memasukkan semula roda.
Bagaimanapun ujian gear tersebut dihadkan sebagai langkah berjaga-jaga. Baki gear akan diuji pada penerbangan akan datang.
CAPAI REKOD ALTITUD BAHARU
Selain itu, dalam ujian berkenaan Stratolaunch mencapai altitud maksimum 23,500 kaki dengan kelajuan maksimum 180 kias. Sekaligus menjadikannya pesawat paling produktif dalam ujian penerbangan.
Ujian sebelumnya, Stratolaunch mencapai ketinggian 17,000 kaki dengan kelajuan 165 kias. Bagaimanapun pesawat itu direka untuk penerbangan ketinggian sekitar 35,000 kaki dan kelajuan maksimum 500 kias.
Seperti mana kita boleh lihat pada gambar, pesawat gergasi itu didatangkan dengan dua badan utama yang dipisahkan dengan sayap selebar 95 kaki. Di bawah sayap tengah itu menempatkan tiga roket untuk dilancarkan ke ruang angkasa.
SUKAR MENDARAT
Rekaan dua badan tersebut juga tidak mudah untuk pengendalian terutamanya ketika pendaratan. Juruterbang tidak boleh mendarat di tengah landasan jadi mereka perlu berlatih untuk mengimbangi kapal terbang ke sebelah kanan landasan.