Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Proton bakal melancarkan sedan baharu pada 2023.
Rakan media Automachi.com, berkongsi sekeping gambar misteri resolusi rendah yang dikatakan sedan baharu Proton dengan kod nama SS11.
Meskipun belum ada perincian lebih lanjut mengenai model tersebut, namun boleh dilihat garis reka bentuk model ini mempunyai persamaan dengan model yang berasaskan Geely Emgrand generasi keempat.
Bagaimanapun, imej intip itu lebih cenderung ke arah sebuah SUV dengan badan yang lebih tinggi. Kemungkinan model itu bakal menggunakan platform BMA seperti mana Proton X50.
Bagaimanapun, menurut sumber setakat ini masih belum kelihatan kelibat unit prototaip di fasiliti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton kerana mereka masih lagi menguji X90.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar