Baru-baru ini tular satu rakaman video yang menjadi perhatian ramai dan pelik melibatkan satu kemalangan yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta sedan bewarna biru yang tersangkut pada kabel elektrik. Video berdurasi 15 saat tersebut dikongsi di Instagram @infojember yang pada awalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram @demuzamil98 di IG story.
Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat kereta tersebut tergantung dan tersangkut pada kabel elektrik di depan sebuah rumah di Kabupaten Jember, Jawa Timur.
Menurut sumber, pemandu kereta ingin mengundurkan namun dia menekan pedal minyak terlalu kuat sehinggakan keretanya terangkat tinggi lalu tersangkut pada tali elektrik. Bagaimanapun, tidak diketahui kronologi kejadian tersebut.
Susulan kejadian itu warga maya meninggalkan pelbagai komen, menganggap kejadian tersebut agak pelik malah susah untuk membayangkan bagaimana ia boleh berlaku.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar