Sesiapa yang mengikuti perkembangan supercar hebat, mungkin pernah mendengar nama Devel Sixteen iaitu hypercar buatan Abu Dhabi.
Sejak diperkenalkan pada 2013, Devel sixteen dijana enjin paling berkuasa pernah diuji di jalan awam.
Menerusi video yang dimuatnaik di Youtube, ACE TECH, model prototaip itu mampu memberikan pecutan tersebut benar-benar mengerikan untuk sebuah kenderaan yang bergerak di atas jalan raya.
Pada awal perancangannya, Rashid al-Attar selaku wakil presiden Defining Extreme Vehicles Car Industry saat itu, mengaku kepada The National bahawa sebelumnya hanya ingin menciptakan hypercar bertenaga 1,000hp sahaja.
Namun, kehadiran supercar Bugatti Veyron di pasaran ketika itu yang berkuasa 1,200hp mendorong Al-Attar dengan dua saudaranya mencipta hypercar ekstreme yang jauh lebih berkuasa yang pasti tujuannya untuk menumbangkan bugatti Veyron.
Devel Sixteen dilengkapi dengan enjin 12.3 liter V16 Quad-turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 5,000hp manakala pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 1.8 saat dengan kelajuan maksimum 560kmj.
Sedangkan supercar seperti Ferrari dan Lamborghini belum ada enjin standard melebihi 1,000hp yang dihasilkannya, dan kelajuan maksimum hanya mampu mencapai 400kmj.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar