Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong Pulau Pinang baru dibuka kepada orang ramai dua minggu lalu namun sayangnya sudah dicemari sampah sarap.
Keadaan seperti inilah yang membuatkan rakyat Malaysia masih dilihat seperti berada pada tahap pemikiran kelas ketiga.
Lebuhraya tersebut kini menjadi perhentian dan tumpuan ramai untuk menangkap gambar sehingga terpaksa dihalau oleh pihak berkuasa tempatan.
Menerusi perkongsian gambar di Facebook Penang Kini menunjukkan keadaan jalan yang dipenuhi sampah yang terdiri daripada bungkusan air, puntung rokok, bekas makanan segera, tisu dan plastik bersepahan di atas lebuh raya tersebut.
Rata-rata netizen marah dan kecewa apabila melihat keadaan tersebut.
“Memang tak bertamadun perangai macam ni dalam tahun 2022! Baik buat cctv kat situ, tangkap orang yang buang sampah dan denda sapu jalan bukit kukus 1 bulan.
“Mari jalan muka ensem,cantik pakai lawa-lawa, gebu, sado, tapi tiada kesedaran sivik.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar