Continental Tyres, pengeluar tayar terkemuka Jerman memperkenalkan Conti SupRim Technology™ iaitu teknologi “Bead” generasi baru yang teguh dan tahan lasak untuk meningkatkan ketahanan tayar serta kekerapan celupan yang lebih baik dalam pelbagai tayar kenderaan komersialnya.
Dengan teknologi Conti SupRim™, Continental Tyres menghasilkan kompaun jalur rim baru dengan ciri anti penuaan yang meningkatkan fleksibiliti, kekukuhan, dan ketahanan koyakan pada tebing bibir “bead” tayar.
Kelebihan tayar ini sudah terbukti apabila pelanggan yang menguji tayar bersetuju bahawa ia empat kali lebih mudah dipasang berbanding tayar yang dihasilkan dengan kompaun konvensional.
Dengan Conti SupRim Technology, ia dapat memastikan bahawa tebing bibir tayar mampu mengekalkan ketahanan awalnya sepanjang hayat penggunaan pertamanya dan hanya merosot sedikit sehingga 18 peratus sahaja pada akhir hayat kitaran pertamanya.
Pendek kata, ia dapat memastikan kemampuan celupan yang unggul serta kemudahan pelekapan sepanjang kitaran hayat tayar di samping menjimatkan kos kepada pemiliknya.