Tiada lagi monopoli Touch n Go di lebuh raya, pengguna boleh bayar tol pelbagai cara digital

1614

Tidak lama lagi orang ramai mempunyai akses membayar tol lebuh raya menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital, bukan hanya Touch ‘n Go.

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kadar penembusan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang memuaskan dan kesediaan syarikat konsesi lebuh raya menghubungkan penyedia tambahan bayaran dalam talian.



Syarikat konsesi tersebut sudah diarahkan untuk bersedia melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025. Sistem tol tanpa palang itu menggunakan struktur gantri yang dilengkapi dengan pengecaman nombor plat secara automatik (ANPR). 

“Tidak lama lagi, terpulang kepada orang ramai untuk menggunakan mana-mana kaedah pembayaran digital, sama ada anda mahu guna e-wallet Touch ‘n Go atau kad debit, kad kredit, Visa, Mastercard atau mana-mana sistem pembayaran (elektronik) selagi tersedia di lebuh raya (tertentu),” katanya dengan menambah bahawa hanya satu tag RFID sahaja diperlukan untuk tujuan itu.

Dalam temu bual eksklusif dengan FMT itu, Fadillah mengesahkan bahawa kad Touch ‘n Go untuk pembayaran tol akan ditamatkan pada 2025 dan laluan SmartTag akan dimansuhkan secara berperingkat.

KUALA LUMPUR, 2 Jun– Keadaan aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara kelihatan pelbagai kenderaan mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Hari Raya ketika tinjauan hari ini.
Umat islam akan menyambut Hari Raya pada 5hb ini iaitu pada Rabu ini.
– fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dianggarkan terdapat lebih 20 juta kad Touch ‘n Go dalam edaran yang mewakili hampir 91% transaksi di 31 lebuh raya di seluruh negara.

Menteri itu juga berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berusaha untuk memudahkan orang ramai menerima kaedah pembayaran secara dalam talian.

“Kita mendengar permintaan orang ramai untuk membuka lebih banyak (pembayaran dalam talian) dan kita sedar dengan rungutan orang ramai bahawa mereka perlu membayar lebih awal untuk Touch ‘n Go sama ada menggunakan (lebuh raya) atau tidak,” katanya. 

Beliau berkata, syarikat konsesi lebuh raya telah diberitahu untuk bersedia bagi pelaksanaan MLFF.

“Jika kita rasa akan ada sedikit kelewatan oleh beberapa syarikat konsesi lebuh raya, kita mungkin mempertimbangkan model pelaburan swasta atau inisiatif kewangan swasta untuk mengambil alih (sistem MLFF),” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here