Toyota GR 86 baharu Initial D – Jentera hantar toufu baharu!

1607

Kehadiran kereta sports seperti Toyota GR 86, merupakan satu peluang buat para penala terkenal untuk memperlihatkan magis mereka yang tersendiri.

Sepertimana GR 86 baharu yang diubah suai oleh Jon Sibal, yang merupakan seorang artis reka bentuk automotif dari California Selatan yang memperlihatkan penampilan yang lebih agresif berbanding model standard kilang.



Antara perubahan besar yang dibawakan dari segi luaran adalah penawaran kit badan serta pakej aerodinamik yang agresif dan dilengkapi kemasan gentian karbon. Ia seolah-olah sebuah jentera baharu seperti watak kartun Initial D. 

Ubah suai yang bermula dari depan, yang dilengkapi dengan rekaan bampar baru dengan gril hitam, hud depan dengan kemasan gentian karbon. Bahagian sisi, model ini diberikan skirt lebih labuh dengan kemasan warna hitam, penutup cermin sisi gabungan dari kemasan krom dengan gentian karbon.

Dari kebelakang, lampu-lampu asal telah ditukar dengan lampu LED dengan rekaan grafik tersendiri,  bersama spoiler belakang yang lebih besar dengan kemasan gentian karbon, manakala pada bahagian bampar pula, diffuser udara lebih besar diberikan dengan kemasan hitam.

GALERI

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here