Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun didakwa sebagai jutawan termuda di dunia selepas berkongsi gaya hidup mewah dan kekayaan di akaun Instagram dengan lebih 30,000 pengikut.
Mompha Junior, atau nama sebenarnya Muhammed Awal Mustapha merupakan anak kepada selebriti internet dan jutawan Ismailia Mustapha.
Selain memiliki rumah agam pertama ketika dia baru berusia enam tahun, dia yang berasal berasal dari Lagos, Nigeria turut mengembara ke seluruh dunia dengan jet peribadi, dan sudah mempunyai kereta supercar.
Mompha yang berkongsi gambar terbaru di Instagram, @momphajnr menunjukkan dia duduk di atas sebuah Bentley berwarna krim yang baru dibeli oleh ayahnya.
“My First Ride BBB… Terima kasih Daddy,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut laporan Mirror, kekayaan Mompha Snr dipercayai adalah hasil daripada perniagaan pertukaran mata wang yang kini telah beralih kepada perniagaan pelaburan.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar