Imej kabin Acura Integra (2023) bocor, mirip Civic?

1893

Bukan lagi rahsia bahawa Honda sedang menghidupkan kembali model Integra yang popular di bawah jenama Acura.

Namun, sejak gambar luaran Acura Integra (2023) didedahkan, terdapat kritikan mengenai reka bentuk luaran yang kelihatan sama dengan Honda Civic sedia ada. 



Acura sengaja menyembunyikan rekaan ruang kabin tetapi baru-baru ini akaun Instagram CarCounsel berkongsi imej dalaman sedan tersebut.

Boleh dilihat susun atur papan pemuka hampir serupa dengan Honda Civic generasi baharu. Namun,  Acura Integra menampilkan tombol gear manual, kemasan papan pemuka sistem infotainmen yang dilihat jauh lebih premium berbanding Honda Civic.

Integra baharu itu didatangkan dengan lima pintu dan bakal menggunakan enjin 1.5 liter turbo VTEC bersama transmisi manual enam kelajuan dan limited slip differential (LSD).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here