Sebut saja Jerman, ramai pasti biasa dengar tentang Autobahn yang dikatakan terkenal sebagai lebuh raya tanpa had laju.
Namun, sebenarnya lebuh raya itu masih ada had laju maksimum ditetapkan, dan pemandu perlu mematuhi had laju di kawasan penduduk padat, terutama di laluan berbahaya.
Autobahn merangkumi jalan sejauh 12,000km, secara purata lebuh raya Autobahn tiada had laju maksimum, terutama di kawasan pedalaman dan kawasan tidak sibuk.
Namun seorang pemandu, Radim Passer bakal didakwa selepas memuat naik rakamannya melenjan Buggati Chiron sehingga 417kmj di Autobahn baru-baru ini.
Tindakannya memuatnaik video tersebut di akaun Youtube, Radim Passer akhirnya memakan diri sendiri.
Tindakan tersebut turut mendapat perhatian Kementerian Pengangkutan Jerman dan secara terbuka mengecam aksi Passer yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
Menurut jabatan polis di Saxony-Anhalt, jika Passer didapati bersalah kemungkinan akan berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atas kesalahan lumba haram.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar