Filem Fast & Furious sudah memasuki edisi ke-10, dua filem terakhir filem tersebut dijangka akan memulakan penggambaran bermula bulan ini dan akan ditayangkan di pawagam pada tahun depan.
Kita ketahui Dwayne ‘The Rock’ Johnson menarik diri dalam filem berkenaan susulan pertingkaian dengan Vin Diesel.
Terbaharu, barisan pelakon Fast & Furious 10 terus berkembang apabila Jason Momoa disahkan menyertai filem aksi popular itu.
Berita tersebut hadir selepas terdapat laporan yang mengatakan Momoa sedang dalam fasa akhir perbincangan untuk menyertai filem arahan Justin Lin itu.
Namun, peranan bintang Aquaman itu masih belum didedahkan, tetapi menurut sumber, dia akan memainkan salah satu watak penjahat dalam ansuran ke-10 francais The Fast & The Furious.
Fast & Furious 10 sekali lagi akan diarahkan oleh Justin Lin, yang juga merupakan pengarah untuk ansuran terakhir. Chris Morgan turut terlibat dalam projek akan datang sebagai penulis lakon layar.
Walaupun barisan pelakon masih belum diumumkan secara rasmi, dijangkakan bintang asal seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang akan kembali meneruskan peranan mereka masing-masing.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar