[SIRI 2] JP Chin pilih simpan Bugatti Divo dan dua model prestasi lain di Singapura, ini sebabnya…

3704

Minggu lalu Motoqar berkongsi dengan anda kisah ‘orang kaya’ yang membeli Bugatti di Singapura tetapi tidak boleh dipandu di jalan raya lokal.

Wearnes Singapura juga menyediakan ruangan garaj bagi menyimpan hypercar tersebut. Tahukah anda, salah seorangnya adalah JP Chin, yang baru saja menerima Bugatti Divo miliknya tahun lalu. 

PENGECUALIAN CUKAI



Mengapakah Chin Jit Pyng tidak membawa model berkenaan ke Malaysia untuk disimpan bersama koleksi keretanya yang lain di JPM Museo, Kota Damansara?.

“Singapura tidak mengenakan cukai jika kereta itu tidak didaftarkan. Mereka juga tidak menggunakan sistem AP.

“Terlalu banyak proses yang perlu dilalui jika saya ingin menyimpan kereta ini di Malaysia,” katanya.

Bahkan, Chin menjelaskan sekiranya beliau ingin menjual semula hypercar berkenaan urusan akan menjadi lebih mudah di Singapura.

“Mengapa saya memilih Wearnes Singapura kerana mereka pengedar rasmi Bugatti di Asia Tenggara. Kereta disimpan di kawasan yang sejuk dan petugas di sana dilatih untuk menjaga kereta dengan baik,” jelasnya.

TAK PERNAH BAWA

Bugatti Divo itu dibeli oleh Chin pada 2018 yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Untuk makluman anda Bugatti hanya mengeluarkan 40 unit Divo yang mana Chin merupakan pemilik pertama di rantau Asia Tenggara. 

“Ramai yang bertanya pernahkah memandu kereta Bugatti saya. Saya pernah mengunjungi kilang Bugatti dan melihat model demo tetapi saya tidak pernah melihat sendiri ataupun pandu Divo milik saya. 

“Mungkin saya akan pandu hypercar itu jika di bawa ke Malaysia dan uji di Litar Sepang. Sama juga Chironpun saya tak pernah bawa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by JPM Collection (@jpm_collectionmy)

Oleh kerana hypercar itu tiba ketika pandemik dan sempadan negara ditutup JP Chin tidak dapat berada di Singapura untuk melihat sendiri keretanya.

Bagaimanapun, terkini menerusi perkongsian di akaun Instagram JPM Collection, Chin akhirnya dapat melihat Divo miliknya dan berpeluang memandu hypercar biru tersebut sekitar perkarangan pusat jualan Wearnes Singapura. 

Chin juga berkongsi memandu Bugatti tidak serumit supercar jenama lain. 

“Kereta Bugatti sangat sedap dan senang dipandu, ibarat memandu Volkswagen Passat atau Beetle. Sesiapapun boleh pandu, lebih senang jika dibandingkan dengan Ferrari, McLaren dan Lamborghini yang perlukan skil tinggi,” kongsinya.

BELI UNTUK PELABURAN

Menerusi video yang dikongsi di akaun Youtube JPM Collection itu, Chin berharap dapat membawa keretanya ke Malaysia untuk berkongsi dengan orang awam. Bagaimanapun ia bergantung kepada dokumen yang perlu disediakan untuk pihak berkuasa.

Selain Divo, Chin juga menyimpan Bugatti Chiron dan Porsche 918 Spyder di Singapura dan model berkenaan juga tidak pernah dipandu.

Chin menambah kenderaan sedemikian dibeli untuk pelaburan justeru itu beliau sangat terperinci memilih material, warna dan personalisasi lain ketika tempahan agar nilainya tidak terjejas teruk.

“Semua wang simpanan saya habis dibelanjakan untuk kereta. Ada yang simpan wang dalam bentuk emas, perak dan hartanah. Saya antara yang gila simpan kereta.

“Sebenarnya tidak perlu jadi super duper kaya untuk mengumpul kereta, boleh mula dengan kereta biasa.

“Saya baru cadangkan pekerja untuk cari Perodua Kancil (2002), anda beli RM3800 pada firasat saya kereta itu akan jadi item koleksi. Ini cara mengumpul kereta,” jelasnya.

Kereta pertama yang dibeli Chin adalah Ferrari Enzo (2000) selepas menjual syarikatnya dan diikuti Lamborghini Murcielago. Setelah mengumpul banyak kereta, reputasi Chin sebagai pengumpul kereta eksotik meningkat dan mula menjalin hubungan dengan Bugatti selepas membeli Chiron.

Apakah kereta yang bakal menyertai item koleksinya akan datang? Chin tidak berkata secara terang, tetapi memberi petunjuk akan meminang model edisi terhad Bugatti yang diperkenalkan di Pebble Beach, Amerika Syarikat dua tahun lalu.

Petunjuk berkenaan merujuk kepada hypercar Bolide yang merupakan kereta trek paling ekstrem pernah dibina oleh Bugatti.

VIDEO

BUNYI GARANG DIVO

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chin Jit Pyng (@jpm_museo)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here