Di cermin belakang kereta anda akan melihat pelekat ‘ baby On Board’ dan tentunya pemandu di belakang mengandaikan pemilik kenderaan tersebut memiliki anak kecil.
Bagaimanapun, ia bukanlah sekadar pelekat memaklumkan ada anak kecil dalam kenderaan namun juga tanda amaran kepada pemandu lain supaya lebih bertimbang rasa terhadap kereta yang membawa penumpang anak kecil.
Fungsi
- Sebagai tanda amaran kepada pemandu lain.
- Perlu diletakkan apabila ada bayi atau kanak-kanak dalam kereta.
- Lekatkan di bahagian berhampiran anak-anak, elak letak di bahagian yang menghalang penglihatan pemandu.
- Tanda Baby On Board dapat memberitahu pemandu kenderaan lain untuk lebih bertimbang rasa terhadap kereta yang mempunyai penumpang anak kecil.
- Baby On Board juga bertindak sebagai tanda atau signal apabila terdapat kemalangan. Ianya memberitahu pasukan penyelamat bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan ini.
Gunakan tanda Baby On Board anda dengan bijak dan sebaik mungkin, ia bukanlah bertujuan untuk memberitahu dunia yang anda membawa “the cutest baby in the world” semata-mata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk orang ramai.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar