Cara billionaire beli kereta, tak banyak soal terus bayar wang pendahuluan RM2.5 juta

12991

Kita selalu tertanya bagaimana seorang billionaire mahupun jutawan membeli kereta baharu. 

Kita yang berada dalam lingkungan kategori miskin bandar barangkali berfikiran ‘orang kaya’ mungkin cerewet apabila melibatkan pembelian kereta bernilai jutaan ringgit. Iyalah mereka membelanjakan wang yang banyak tentunya ingin dilayan dengan baik.



Perkongsian pengguna Facebook ini memberi gambaran proses jual beli kenderaan dengan ‘orang kaya’. Firdaus Musa berkongsi sekeping gambar di akaun Facebook miliknya yang menunjukkan penghantaran Rolls Royce kepada seorang Datuk. 

Dia memuji sifat Datuk berkenaan yang merendah diri bahkan tidak banyak kerenah sepanjang proses pembelian walaupun dia inginkan kenderaan berkenaan dengan segera.

“Rendah diri tak menjadikan kau miskin. Menunjuk-nunjuk tak menjadikan kau kaya,” tulisnya. 

Datuk berkenaan hanya memberitahu model dan spesifikasi kenderaan yang diinginkan. Setelah bersetuju, beliau memberikan wang pendahuluan dalam bentuk cek bernilai RM2.5 juta.

Setelah Firdaus menemui model yang diinginkan, Datuk tersebut  langsung bersetuju tanpa banyak soal.

“Tak banyak pusing, terus lock. Dan straight away inform klien. Hantar video segala detail berkenaan model yang dia nak. Diapun tak banyak soal,” katanya. 

Bahkan beliau juga tidak meminta nombor fancy hanya mendaftarkan kereta tersebut dengan nombor plat terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan. 

“Datuk nak single digit atau dua digit no plate?, pakai running saja Firdaus. Saya tak mahu fancy. Terkedu kejap, jarang aku dapat permintaan macam ni.
 
“Waktu deliver aku call, datuk saya hantar di lobi ofis okay? Tanya aku. Jangan Firdaus, parking saja di basement. Segan saya,” kongsinya.
 
Lebih membuatkan Firdaus kagum, usahawan berkenaan langsung masuk dan bertanyakan fungsi kenderaan tanpa sebarang aduan. 
 
“Aku cuma dengar dia cakap ‘haa yang ni baru best’. Terima kasih usahakan juga kereta ini untuk saya. Apa-apa nanti cakap dengan driver saya.
 
Mungkin ini yang dikatakan, rezeki itu datang dari arah yang tidak disangka sangka. Mudah serba serbi. Down to earth and classy,” ceritanya.
 
Walaupun Firdaus tidak mendedahkan pemilik Rolls Royce tersebut, pada ruangan komen ramai yang membuat andaian Datuk yang dimaksudkan merupakan pemilik syarikat Serba Dinamik Group.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here