Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong Pulau Pinang yang baru dibuka namun sayangnya sudah dicemari sampah sarap.
Terbaharu, lebuhraya tersebut berlakunya banjir kilat yang dikatakan struktur jalan yang kurang efisien menyebabkan takungan air di bahagian penghujung Jejantas Bukit Kukus menghala ke Jalan Tun Sardon.
Namun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, air segera surut selepas pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Siasatan yang dibuat dan mendapati bahawa terdapat daun-daun kering dan sampah sarap yang telah menghalang laluan air keluar dari sistem perparitan dengan sempurna.
Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan segera dan laluan tersebut kembali sempurna dan selamat digunakan oleh orang awam.
Sehubungan itu, Majlis amat berharap agar semua orang awam dapat bersama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar