Gara-gara Vios buka pintu tengah jalan, orang lain pula yang terlibat kemalangan

2512

Di Malaysia, penunggang motosikal merupakan antara kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah dan berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Selain kecuaian diri sendiri, kecuaian orang lain juga antara menjadi salah satu faktor penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan, seperti mana kejadian yang tular di media sosial.



Menerusi sebuah rakaman video papan pemuka, dapat dilihat sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita melanggar Perodua Axia apabila mangsa cuba mengelak pintu kereta Toyota Vios yang tiba-tiba dibuka seorang penumpang wanita.

Tindakan mengejut penumpang wanita kereta Vios itu menyebabkan motosikal itu melanggar bahagian depan Axia yang berada di lorong kiri. Kejadian itu difahamkan berlaku di Melaka.
 
Selain itu, tindakan wanita tersebut mencetus tanda tanya orang ramai mengapa membuka pintu di tengah jalan raya dan turut mengecam tindakan tersebut kerana menyebabkan orang lain kemalangan akibat kecuaian wanita itu. 
 
“Perrghh.. Main turun jer nyahh. Dahla tengah² jalan.
 
“Elok biar tercabut terus pintu kereta dia tu ..padam Muka …jakun masuk Bandar…macam
tu la.
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here