Dah setahun di pusat servis, Proton Exora masih belum siap

3895

Seorang pemilik Proton meluahkan rasa kecewa apabila MPV miliknya masih belum siap selepas setahun dihantar ke pusat servis sah jenama berkenaan.

Pemilik Exora tersebut berkongsi pengalaman itu menggunakan akaun Facebook Abi Auni di  Group EOCM (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA) apabila keretanya masih belum dibaikpulih di Pusat Servis Proton Edar Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, MPV tersebut terlibat dalam kemalangan Februari tahun lalu dan terus dihantar ke Proton Edar pada hari yang sama. Namun proton gagal menyiapkan proses baik pulih sepenuhnya.

“Masalah paling besar adalah alat ganti yang sentiasa tiada stok serta 2 (dua) kali alat ganti yang salah terpaksa dipulangkan balik.
 
“Kenapa perkara ini boleh berlaku? Logik ke setahun kereta saya berada di Proton Edar Kota Bharu?
 
“Proton bukan syarikat yang kecil. Sepatutnya pihak Proton perlu menyiapkan kereta saya terlebih dahulu sebelum tumpu kepada kereta lain,” tulisnya.
 
Tambahnya, pada bulan pertama dia terpaksa pergi ke tempat kerja dengan menumpang kereta rakan sekerja atau menaiki GrabCar yang sejauh 54km sehala.
 
Keadaan tersebut memaksa dia membeli sebuah kereta baharu. Lebih kesal dia perlu membayar ansuran bulanan Exora RM717 sedangkan kenderaan itu masih tidak boleh digunakan.
 
Bahkan selama enam bulan, setiap hari dia singgah ke pusat servis tersebut untuk melihat progres baik pulih. Dia sekali lagi merayu dan berharap pihak Proton dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya secepat yang mungkin.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

  1. Saya nak beli relay aircond p\warna cokelat tu pun tak ada stock. saya pergi beberapa tempat dan beberapa kali dah saya cuba. ada jual di kedai workshop lain dengan harga mahal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here