Perlu dapat kelulusan JPJ cat baharu badan kereta, tak boleh tukar sesuka hati

12252

Setelah beberapa tahun membeli kereta ada antara pemilik yang ingin menukar warna badan kenderaan berbeza dengan warna asal pada geran. 

Namun, pengubahsuaian pada warna cat kenderaan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selari dengan Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pemeriksaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat kepada Ketua Pengarah.



Permohonan kelulusan pengubahsuaian warna kenderaan ini perlu dilakukan dalam tempoh tujuh hari untuk mengelakkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu tular di Twitter mengenai seorang individu yang dikenakan saman kerana menukar warna cat kereta tanpa kebenaran daripada pihak JPJ sekali gus menerima pelbagai respons, pandangan dan kritikan dalam kalangan pemilik kenderaan.

Dalam erti kata lain, apa-apa perubahan boleh dilakukan dengan syarat dan berikut adalah prosedur ringkas untuk tukar warna kenderaan atau cat kereta untuk rujukan.

1) Cat kenderaan mengikut warna pilihan. Sila pastikan tidak melebihi daripada dua warna.
 
2) Selepas itu bawa kenderaan ke pejabat JPJ yang berhampiran untuk mendapatkan kelulusan pertukaran warna.
 
3) Isi siri borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan), selepas itu serahkan kepada pegawai atau staff yang bertugas.
 
4) Pegawai JPJ akan menyemak warna pada kenderaan untuk tujuan kelulusan.
 
5) Jika warna tersebut diluluskan, pegawai JPJ akan membatalkan warna asal kereta pada geran asal dan warna baru akan dikemas kini di dalam sistem komputer. Cop kelulusan juga akan diberikan.
 
6) Kos untuk kelulusan pertukaran warna itu juga adalah percuma.
 
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua!
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here