Hujan lebat berterusan dan kerja-kerja pembinaan di sekitar litar Mandalika, Lombok, Indonesia menyebabkan trek kotor menjelang perlumbaan MotoGP yang pertama kali berlangsung di sana.
Sesi latihan terpaksa dihentikan selama hampir sejam kerana keadaan trek yang teruk yang mana operasi pembersihan dijalankankira-kira 9 0 minit sebelum sesi disambung semula.
Malah, Dorna Sports dan Pegawai Keselamatan FIM, Franco Uncini mengarahkan setiap pelumba melengkapkan sekurang-kurangnya 20 pusingan untuk membersihkan permukaan litar.
Tindakan tersebut menerima kritikan dan dianggap berbahaya kepada pelumba sebelum ia bersambung di sebelah petang.
Pol Espargaro selaku pelumba Repsol Honda Team dan Pelumba Yamaha, Franco Morbidelli ternyata kurang senang selepas dipaksa oleh Dorna untuk turun membersihkan litar.
“Hakikatnya ialah pelumba tidak sepatutnya melakukan tugas ini dan tidak wajar untuk turun membersihkan trek ini.
“Bagi saya ia satu tindakan bahaya untuk menunggang dalam situasi tersebut. Tiada siapa mahu keluar.
“Ini bukan kali pertama kerana kami menghadapi situasi serupa di Losail misalnya, hari ini Litar Mandalika tidak selamat untuk kami.
“Saya sangat marah. Dorna memaksa kami keluar bersama-sama bagi membersihkan trek. Pertama sekali ia hanyalah ujian dan kami tidak datang ke sini untuk membersihkan litar,” kata Morbidelli.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar