Yamaha 125zr diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 1998. Kapcai 2-lejang ini merupakan pengganti kepada Y110SS dan dalam kalangan rider ia disebut sebagai one-two-fai.
Pada era 90-an model ini begitu popular kerana reka bentuknya yang kompak dan runcing serta menggunakan brek cakera di depan dan belakang. Selain itu, kapcai ini menjadi buruan anak muda disebabkan kekanda Valentino Rossi.
Yamaha 125zr yang hadir dengan beberapa generasi dan edisi ini juga mula meningkat nilai harganya selepas Yamaha tidak lagi mengeluarkan model tersebut.
Di sebalik peningkatan harga yang masih tinggi, siapa sangka Yamaha 125zr Movistar baru-baru ini boleh mencecah RM95,000 seunit. Perkongsian itu dimuatnaik oleh pengguna Facebook Zack Bangi di Facebook group Jual Beli Barang Yamaha 125zr Dan RX-Z Malaysia.
Iklan berkenaan mendapat pelbagai respons daripada netizen. Ada yang mencadangkan pembeli mendapatkan Yamaha R1 atau Ducati Panigale yang lebih berbaloi.
“Swap tanah 1000 ekar nak bos saya plus lagi 50k.”
“Tu kan hilang otaknya.”
“Nak swap dengan siakap?.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar